Monday 9 January 2012

Mana satu pilihan hati kita?


Sebagai seorang manuasia yg fitrah nya "Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu :)" Sering jugak lah irfan tertanya tanya dalam diri ini, mana satu pilihan hati aku ni kan, adakah "orang yg sayangkan kita" atau "kita sayang kan orang itu".. then the answer is what? Pilihan hati kita adalah yang sayangkan kita kerana siapa? SAYANGKAN KITA KERANA ALLAH SWT :)

Kerana APA? Sebab APA?
Kerana : - first, kerana Allah kan AL-ALIIM. Apa itu Al-Aliim yer? Al-Aliim itu maksud nye Yang Maha
                Mengetahui :) Tidak ada perkara yg terlindung dan tidak ada rahsia disisi Tuhan yang bersifat
                Al-Aliim itu. Maksudnye disini, Allah Al-Aliim ini tahu apa yang kita rasa, tahu apa yg tersirat
                di hati nurani seorang manusia.
             
              -second, reason lebih kurang sama jgk yg 1 ini iaitu kerana Allah mampu membaca hati hambanya
                ini. Ini bukan bermaksud dekat hati kita ini ada buku pulak yer. haha.Ini bermaksud Allah itu
                faham hati manusia ini. Allah lihat apa yg kita buat dan Allah juga dengar apa yang kita rintihkan :)

Oleh itu kawan-kawan, janganlah risau sahabat-sahabat ku.. Allah itu Maha Adil  "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya kan :)

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata." Mmg sukar kan? Tulah saya pung susah tapi tugas kita di dunia adalah apa? Sentiasa berusaha menjadi lebih baik kerana Allah :D

No comments:

Post a Comment