Friday 23 December 2011

kasih sayang mu indah


Allahu Allah, Alhamdulillah atas petunjuk dan kekuatan yg Mu berikan padaku Ya Allah :) MashaAllah, mcm maner aku hendak gambarkan perasaan ini, mcm mcm yang ku rasa, semua perasaaan ku "sgt2". haha. Syukur sgt2 kerana memberikan kekuatan utk lakukan langkah tersebut. Sedih sgt2 kerana tiada lagi "sahabat" yg sentiasa menemani ku kala gembira, sedih, dan duka :D mcm mcm lahh yg aku rasa pada waktu ni Ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya Kamu saja Ya Rabb tahu apa yg tersirat dalam hati ini :) 

Tapi korang korang jgn fikir lain k, langkah kite orang ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan kita berdua kan awak, Percaya pada segala ketentuan yg ditentukan oleh Allah s.w.t. kan AWAK ^_^ kite lakukan utk kebaikan kita kan :) 

Dalam perjalanan ke kampung ini, hati sungguh sebak and lastly basah juga pipi sikit. hihi. mcm maner lahh boleh jadi gitu kan.. haishhh, irfan irfan. kata jer La Tahzan kt "sahabat" tapi diri sendiri yg tahzan nyee. haha. adoiii ~ tapi biarlah bersedih sekarang, ia untuk kebaikan bersama kann "sahabat" :) lemahnya irfan ni. huh.

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis.Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. INSYAALLAH ^_^

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")




Monday 19 December 2011

Malu malu malu yg menebal ^_^


Malu malu malu and malu. MashaAllah kenapa aku selalu malu dengan Dia ya Allah. Kenapa hati ku rasa lain bila bertentang dengan Dia. Kenapa perlu gentar berhadapan dengan Dia. Haishh Irfan Khairi nih =.="
Perasaan itu mmg pelik lah, semakin aku dekat, semakin aku malu. adushh~

Tapi diriku sering berpesan, Irfan, malu mu ini byk hikmahnyaa dalam dirimu dalam berhadapan dengan Dia. Malu mu ini juga sering muhasabah kan diri mu :) Cuba kamu berimaginasi sementara :

APA YG AKAN JADI JIKA DIRIMU ITU TIADA MALU :
-maybe kamu irfan akan menjadi lebih loqlaq (x btol)
-maybe kamu irfan akan terjebak di dalam jalan kemaksiatan, nauzubillah.
-maybe kamu irfan dgn perasaan tidak malu nyaa, akan bergaul dengan bebas nya dengan Dia irfan :)

Ingatlah perasaan malu dalam diri seseorang muslim akan mencegah dirinya daripada melakukan perkara yg dilaran oleh-NYA.Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Selalu kata cakap kt Dia : SEGAN itu  romantik lahh awakk ^^ITULAH KEHEBATAN MALU :D

Saturday 17 December 2011

senyumm lahh kwn ku, kerana itu memberi ketenangan dalam diri :D

        suka tengok adik niy, sentiasa senyum kat saya. hee ~

haaahhh ~ sungguh lega tengok org yg sentiasa senyum kt kite kan, tenang, lapang sajaaa. fuhhh ^^
kiter pung kena lah jugak lakukan pada org tersebut kan kalau nak org senyum kat kite.. so that semua org akan berasa tenang dengan senyuman yg diberikan :D

Tahukah anda? tahu x?
Orang arab kan senang memuji orang yang murah dan selalu nampak riang. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan petanda kelapangan dada, kepemurahan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai dan kecerdikan fikiran :) itu lah buktinyaa kwn2 yg dirahmati Allah ^_^

okay i'll sing a song for u "sahabat" :D

Senyum seindah suria,
yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati, dunia mu berseri =)

Senyum umpama titian,
dalam kehidupan,
kau tersenyum, ku tersenyum,
kemesraan menguntum =)

Senyummm kepadaa semuaaa...
senyuman mu, amatlah berharga,

Senyummm seperti Rasullullah =)
dengan senyuman, terjalinlah ukwahh :)

Sedap x ? hee ~

Wednesday 14 December 2011

Kebahagiaan dan Kesedihan orang yang kita sayang ^_^

Assalamualaikum Awk, Kawan kawan, sahabat-sahabat, "sahabat", akhi dan ukhti ^_^ lama sudah tidak update ini punyee blog daa.. SPM fever lah, hee :) 
Semenjak dua tiga empat menjak niy, mcm mcm perasaan pernah rasa lah, so berkongsi sikit lah apa perasaan itu lahh awak yer ^^
Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka.
Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Bahagia bahagia bahagia :D mengapa kamu sungguh indah dalam kehidupan ini. Itulah fitrah hidup ini, pabila kita bahagia kita ceria, pabila kita bermasam kita sedih. Tetapi tidak semestinyaa kan sedih ini tidak indah seperti bahagia kan. Sedih pung indah jgk kwn2 ^_^ perasaan ini sangat indah rasanya kerana ia kadang kadang automatik akan memuhasabahkan diri kita apa yg telah kita lakukan niyh dan apa yg dia telah dia lakukan kpd kita niyh, apa salah kita pada die, apa salah kita pada die.. apa apa apa dan apa ? hee. Sedih ini susah kan kwn2, tapi ketahuilah bahawa bersama kesusahan itu terdapat kemudahan, dan jalan keluar akan datang setelah kesempitan, kerana suatu keadaan tidak akan tetap selamanya, dan hari hari kejayaan itu akan dipergilirkan.
hee~ disitulah kita dapat tahu betapa indahh nyee jge sedih ini :

Sunday 3 April 2011

sryy cikgu! :(



SRY ye CIKGU.. i never meant to hurt you :(                              
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."
Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?
TERIMA KASIH
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.
Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.
Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?
SELAMAT TINGGAL
Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?
Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

Wednesday 23 March 2011

adush!

                                    LETIH DOWHH!


haiyaaa~ ari ini manyak letihh woo.. nk pengsan pown ader wooo.. separuh mati niyhh.. haha! kenapa lah aku g masok merentas desa tadi.. wadusshh2! menyesal sungguh.. agak agak lahh cikgu, dekat dekat sudah lahh merentas desa niyhh.. niyyy sampai padang golf UHHH! makk aiii.. nk pitam dah tadii.. ALHAMDULILLAH selamat sampai sekolah tadi deyhh.. ingat tersidai tepi jalan uhh.. hahhaa! Ari sabtu niyhh fikir 10x nk g ker x nk merentas desa uhh.. haha! InsyAllah pergi ler.. ^_______^

Tuesday 22 March 2011

Kita sering lupa,kita masih punya kehidupan di akhirat :)





Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil 
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga 
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

mcm maner niyyhh.?

                                                          TEST!!

wawawa! Alhamdulillah result ok lahh skrang.. tapi ujian jer rasenyee kowt.. ader lagi dua paper x dapat lagi niyhh.. addmath and p.a.i.. aiyoo~ (CUAK) mak cakap usaha lagi.. InsyAllah abg boleyh buat..FIGHTING!              
                                      
eyhh esok result SPM yerkk?wah wah.. gud luck yea senior2,abg2,kakak.. smoga dapat keputusan yg cemerlang yerkk :) korang kan pandai pandai kan.. haha! next year aku plakk jadi mcm uhh owhh.. owhh mmaannn.. cepatnyee mase berlalu kan.. rase baru jer darjah 6.. hihi:)) doakan terbaek jer lahh.. smoga kiter sama sama berjaya dunia dan akhirat. ameenn^_^

Monday 21 March 2011

eyhh! ^_^

            

Assalamualaikum tawan tawan! haha! eyhhh ader jugak blog yeaa.. owhh ponat nk wat mende niyhh  kan.. hishh... x study aku wat mende niyhh.. haha!( alasan x nk blaja) tapi suka sangat ader blog niyhh.. InsyAllah akan menggunakan blog ini sebaik yang mungkin yeaa ^_^