Wednesday 18 January 2012

rinduuww ~


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah....

Thursday 12 January 2012

inilah diri kita :)

Kita sebenarnya bukanlah jasad ini, kita bukanlah tangan ini, bukan mata ini, fizikal kita hanyalah alat yang diberikan Allah untuk kita melakukan aktiviti memenuhi tugas dan amanah kita di muka bumi ini.
Bayangkan seorang Eksekutif yang baru memulakan tugas, apakah antara kemudahan yang mula-mula diberikan kepadanya? Sebuah komputer bukan? Dengan komputer itu si Eksekutif tadi akan mudah melakukan tugasannya.
Allah juga memberikan komputer ini kepada wakil-Nya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan. Itulah fizikal kita yang lengkap dengan sistem otaknya yang begitu hebat, sistem perjalanan darah, sistem penghadaman dan berbagai-bagai sistem yang ada di dalam diri kita.
Mana hebat komputer Allah ini berbanding PC kita di pejabat? Tak terbandingnya bukan? Bukan sahaja Allah bekalkan kita dengan sebuah "komputer" yang begitu hebat sistemnya tapi Allah bekalkan juga kita akal fikiran, nafsu dan Ruh yang masing-masingnya punya potensi yang amat luar biasa sekali. Segala yang diberikan Allah ini menjadikan kita makhluk Allah yang paling sempurna dan dengan kesempurnaan itu dibandingkan dengan makhluk-Nya yang lain maka kita dilantik menjadi wakil-Nya di muka bumi ini.
Malangnya selama ini kesedaran ini tidak ada. Kita merasakan diri kita ini adalah fizikal berserta nafsu dan akal. Maka bila kita pandai membuat sesuatu, kita dengan cepatnya merasakan kitalah yang pandai itu. Betulkan?
Saya diberi peluang diajar Allah untuk MERASAKAN diri saya yang sebenarnya. Ketika kita tidur, diri kita yang sebenarnya tidak ada di dalam jasad kita. Badan dan fizikal kita semuanya lemah dan ibarat sebuah komputer yang di off kan suis ke sumber elektrik maka komputer itu tidak mampu menjalankan apa juga aktiviti yang biasanya boleh dijalankan sebelumnya.
Sama dengan fizikal kita, apabila kita tidur, ia hanya sebuah fizikal kosong, tidak mampu melihat, tidak mampu berfikir, tidak mampu berjalan.Benarkan? Diri kita yang sebenarnya tidak ada di dalam jasad itu. Allah ada menerangkan hal ini di dalam Al-Qur'an bahawa Allah mengenggam jiwa kita saat kita tidur dan sekiranya kita diberi umur lagi maka Allah akan mengembalikan jiwa kita dan kita hidup sehari lagi dan begitulah yang berlakunya setiap hari.
Petang semalam saya dan suami tertidur di dalam kereta sementara menantikan appointmentkami dengan seorang sahabat. Kami tertidur kerana terlalu amat keletihan. Badan saya begitu amat lemah dan terus saya tertidur. Lebih kurang dua jam selepas ini, saya sedar tetapi saya tidak dapat bergerak, saya tidak dapat menggerakkan tubuh saya.
Saya sangat sedar ketika itu, ingin sahaja saya panggil suami saya di sebelah agar dapat menggerakkan tubuh saya yang kaku tapi tidak berdaya. Saya sempat berkata di dalam hati saya, adakah tiba masanya saya pulang pada Allah?Saya cuba lagi menggerakkan tubuh saya namun tidak mampu.
Saya katakan pada diri saya ketika itu, siapkan saja untuk menghadap Allah.Saya hampir tidak mahu mencuba lagi dan ingin saja terus menyerahkan diri kepada Allah.Kemudian timbul satu kekuatan untuk terus berusaha kerana di hati masih ingin terus hidup. Maka saya kuatkan sepenuh tenaga untuk menggerakkan tubuh saya dan tiba-tiba saya terjaga.
Sebenarnya saya pernah mengalami keadaan seperti ini. Saya rasa sahabat semua pernah mengalaminya bukan? Kita tersedar dari tidur tapi badan tidak dapat digerakkan.
Macam-macam penjelasan kita pernah dengar, ada yang kata kena himpit dengan hantu, ada yang kata badan letih sangat. Semalam saya mendapat satu paradigma yang baru.
Saya terus menyedari bahawa ITULAH AKU YANG SEBENARNYA.
Aku yang pada hakikatnya terpisah dari jasad ini, aku yang sebenarnya bukan jasad ini. Alhamdulillah, sudah berapa lama perkara ini terjadi tetapi kita tidak menyedari bahawa Allah memberikan kita pengalaman MERASAKAN diri kita yang sebenarnya.
Terima kasih Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

saya pernah mengalami nya seperti saudara yg menceritakan ini.. maybe itulah diri kita :)

Monday 9 January 2012

Mana satu pilihan hati kita?


Sebagai seorang manuasia yg fitrah nya "Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu :)" Sering jugak lah irfan tertanya tanya dalam diri ini, mana satu pilihan hati aku ni kan, adakah "orang yg sayangkan kita" atau "kita sayang kan orang itu".. then the answer is what? Pilihan hati kita adalah yang sayangkan kita kerana siapa? SAYANGKAN KITA KERANA ALLAH SWT :)

Kerana APA? Sebab APA?
Kerana : - first, kerana Allah kan AL-ALIIM. Apa itu Al-Aliim yer? Al-Aliim itu maksud nye Yang Maha
                Mengetahui :) Tidak ada perkara yg terlindung dan tidak ada rahsia disisi Tuhan yang bersifat
                Al-Aliim itu. Maksudnye disini, Allah Al-Aliim ini tahu apa yang kita rasa, tahu apa yg tersirat
                di hati nurani seorang manusia.
             
              -second, reason lebih kurang sama jgk yg 1 ini iaitu kerana Allah mampu membaca hati hambanya
                ini. Ini bukan bermaksud dekat hati kita ini ada buku pulak yer. haha.Ini bermaksud Allah itu
                faham hati manusia ini. Allah lihat apa yg kita buat dan Allah juga dengar apa yang kita rintihkan :)

Oleh itu kawan-kawan, janganlah risau sahabat-sahabat ku.. Allah itu Maha Adil  "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya kan :)

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata." Mmg sukar kan? Tulah saya pung susah tapi tugas kita di dunia adalah apa? Sentiasa berusaha menjadi lebih baik kerana Allah :D

Sunday 1 January 2012

Kem Raudhatus Sakinah.

 
 
 
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh =) wawawah ~ sungguh seronok dan bersyukur dapat men'join' Kem Raudhatus Sakinah 1000 jiwa 1 hati. Soooo Aweeesomeee kem niyh.. byk pengajaran dan byk pengetahuan yg best best sgt dapat kita ketahui dalam kem niyyh.. terima kasih diberi kesempatan untuk mengikuti kem niyh :)
 
Irfan, Izat dan Addin telah naek kereta myvi merah ker Masjid negara. wahh! excitedd woo!
nk tahu x, kiteorg datang lambat owhh. haha. actually, pendaftaran tutup pkol 3 ptg taw tapi kiteorg dtg pkol 3.15. relaxxx jer datang buat muke slumber. hee :D kurang asemmm btoi lahh kiteorg niyh. Sampai2 kiteorg dapat kmpln and faci kiteorg abg sobri :)

Part klimaks nyee kem niyh, pada malam "pertama" hehe. bestt woo. persembahan pertama oleh kak firuz ustazah pilihan dan kak Aisyah penyanyi tuwh bersama talk show sedikit dgn pengacara fitri tv3. Mmg best lah, cerita mcm2 tentang pengalaman masing2 dalam menjalani kehidupan mereka. Byk pengajaran dan kata2 semangat dari mereka dan InsyaAllah dapat dipraktikkan :) then, ader persembahan sungguh bertenaga dari Kumpulan Shoutul Haroqah. Mmg tersangat sangat best. Semangat utk menjadi seorang mujahid sungguh membara. Waa cakapp sama luu WOAHHH (MERAH SAGA) Mmg berkesan lahh dalam jiwa niyhh ~ Akhirnyee saat tiba utk 2012. 10.9.8.7.6.5.4.3.2.1 DUMMM! Takbir ! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Bergema suara takbir oleh Kami membelah langit. ^_^
Then kiteorg berselawat bersama sama Imam Muda Najdi. Sungguh indah lahh kenangan bersama sama berselawat mcm niyh :D dan balik ke masjid negara semula utk dibuai mimpi pada pkol 12.30.

Keesokan harinya.
Awal pagi pkol 4 sudah dikejutkan  oleh bro wan utk berqiamullail. thanx abg wan :D Sungguh tidak kusangka sangka berqiamullail bersama sama insan yg hebat Imam Muda Hassan :) SubhnaAllah suaranya sungguh menusuk kalbu lah sehingga dapat menitiskan air mata ku. Sungguh tersentuh ~ Terasa sungguh indah pagi pagi seperti ini. Alangkah indahnyee hidop ini jika dapat istiqamahkan diri ku ini utk sentiasa berqiamullail :) SubhanaAllah ~ then ader tazkirah ringkas dan mantop dari Imam Muda Hassan yg mengaitkan kisah para sahabat dgn kehidupan kita sekarang.

Selepas itu, para peserta kem diminta bersiap siap utk larian dan riadhah. wawawawa! penatttt weii ~ larian ape niy weyhh.. dah nk merangkak dah niyh. haha. tapi akhirnyee sampai jua. jyeahhh! ^_^ exhausted ! tapi berbaloi lah penat nye kerana apa ? kerana apa ? kerana apa?
kerana ader abg rabbit. haha. kiteorg maen tepuk tepuk dan cara cara utk mengaktifkan otak kanan kita. PRACTICE MAKES PERFECT. wahaha. mmg best gilakk! mmg ingat lahh step die kan. tapi kadang silap jgk step dier. Susah woo ~ 
 
Akhirnyee ~ tiba lah masa utk  perpisahan sahabat2 di kem Raudhatus Sakinah ini. x dapat kenal dekat lagi dgn diorang. haduih sedihh btol. Tapi Syukran Syukran wa Jazakallah hukhaira terhadap pihak kem 1000 jiwa 1 hati ini kerana beri kesempatan untuk saya mengikuti kem ini lahh :) byk sungguh pengalaman manis nye dan pengetahuan yg baru utk diri saya :)

                                                                          Last picture :D