Tuesday 1 May 2012

kuatkan semangat ^_^



Kehadapan 'sahabat',
     hyee awakkk :) sehatt x hari ini di sana? Irfan harap kamu sentiasa sehat dan dibawah limpahan rahmat-Nya yeaa..

    Awak, nanti irfan dah nak pergi dah ni jauh taw, irfan nk g PLKN. Tahu tak apa tu wakk? Program Latihan Khidmat Negara. Tahu x buat apa kat sana waakk? irfan pung x tahu sbb x pergi lah. haha. Awak, nanti kita akan berjauhan taw, awk duduk kat sini and saya plak ke Pekan,Pahang.. Jauh tur ~ x dpt lah awk nk lawat irfan ehh. haha. Irfan pergi x lama pung lah, dalam 3 bulan jer lah, sekejap jer kan kan. hehe.

'sahabat',
    Awak, selama irfan ke PLKN ni jgn lah sedih2 yeaa, sentiasa ingat ni eh "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." La tahzan kan, awk selalu sebut pasal tuwh kan :) hihi. Tapi for sure irfan pn akan sedih jgk lah, yerlah for the first time kita berjauhan kan. InsyaAllah kita kan manusia yang kuat kan kan kan.. kita kan ada muscle muscle kuat, cakap tumbukan awk tu kuat kan. hek3. And ALWAYS REMEMBER ALLAH kan ADA :D






            TENGOK PYRAMID FOOD NI ^___^




Awak, selama irfan ke sana juga, irfan nk awakk jaga lahh ehh diri awk tuwh elok2 yea, ingat lahh jangan selalu miss makan tuwh, jangan lah lewat lewat kan makan ehh, awk kan ada gastrik kann, jaga lah kesihatan awk tuwh. Nanti irfan dah x boleh nak paksa awk makan ubat lagi dah. hehe. Ni ubat gastrik ada ker x lagi ni? kalau tak ada pergi lah beli eh, bahaya tu, nanti jadi mcm hari tuw susah lahh ehh. Jangan makan byk coklat tuwh. hahaha.

'sahabat',
     Awak, selama irfan di sana or di mana mana jua, irfan akan jaga hati ni :) begitu juga dgn awk, irfan nk awk jaga juga hati awk yea, jaga iman. Jaga lah diri awk sebaik baik yang mungkin yea yea yea ^^ hek3. Irfan akan jaga diri irfan sebaik yang mungkin :D


                                           








last word from me in this entry :



Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
Ingat semua yang diatas ini taww taww ^_____^


"sahabatmu"

(MUHAMAD IRFAN KHAIRI BIN ZULKIFLI)












  












Monday 16 April 2012

the way of life :)

Ingin berkongsi cerita dari laman ILUVISLAM.COM, terkesan dalam hati :)





Dulu sewaktu kecil, sekiranya ditanya apa cita-cita bila besar nanti? Pasti akan dijawab. Nak jadi pensyarah. Nak jadi akauntan. Selalu berubah-ubah. Masa ni memang tak tahu apa-apa lagi. Just ikut kawan-kawan. Al maklumlah baru sekolah tadika. hee.. Rasa cam nak tergelak pun ada jugak bila ingat balik cita-cita zaman dulu-dulu ni.
Bila dah masuk sekolah menengah pun, macam konfius lagi nak ambik course apa after SPM. Finally, saya decide nak ambik course pharmacy sebab saya suka chemistry. Alhamdulillah, now i'm doing bachelor of pharmacy and insyaAllah akan graduate 2 tahun lagi. Amiin. Bila dah habis belajar nanti, nak kerja. After dah kerja bolehlah beli kereta besar dan rumah besar. Pegang jawatan yang tinggi-tinggi. Lepas tu kahwin dan dapat anak. Jadi parents pulak. Wah, bestnya kan?
Tapi kan, kadang-kadang saya terfikir. Adakah ni je kitaran hidup saya? Belajar, kerja, kahwin, dapat anak, jadi tua dan kemudian mati? Saya rasa bukan saya sahaja yang fikir macam ni. Mesti ramai juga yang terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan hidup kita? Hidup terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama hari ke hari. Dan kita perhatikan manusia di sekeliling kita. Mereka juga melakukan rutin harian yang sama. Keluar pagi-pagi untuk pergi belajar atau bekerja. Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat. Esoknya rutin yang sama lagi tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga mahu menjadi seperti mereka atau adakah kita salah seorang daripada mereka?


Sebelum mengenali tarbiyyah, saya juga ingat hanya inilah kitaran hidup yang akan saya jalani. Rupanya saya salah. Salah besar. Sebabnya bukan ini sahaja tujuan kita diciptakan dan hidup kat dunia ni. Ada orang beritahu saya, " Awak, Allah jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin dan dapat anak je. Kita ni orang Islam. Ada sebabnya Allah jadikan kita. Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."
Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:

1.      Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)
2.      Sebagai khalifah.
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
(Al-Baqarah, 2: 30)
3.      Berdakwah. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik". 
(Ali-'Imran, 3: 110)
Tengok tu. Allah dah bagitahu apa yang perlu kita lakukan. Menyembah Allah, jalankan tugas sebagai khalifah dan juga berdakwah. Kadang-kadang kita terlalu asyik mengejar nikmat hidup duniawi sampaikan kadang-kadang kita terlupa bahawa akhirat tu wujud! Kita inginkan kereta yang besar. Kita inginkan rumah yang besar. Bekerja dari pagi dan malam. Hari ke hari demi memenuhi kehendak diri. Sampai agama diletakkan di tempat yang kedua. Atau tempat terakhir sekali? Hmm.. Bekerja keras sampai solat pun entah ke mana. Bila kawan-kawan ajak buat kebaikan. Kita tolak. Alasannya, kita busy. Busy study. Busy mencari duit.
Memang tak dinafikan duit itu penting untuk kita meneruskan kehidupan. Tetapi janganlah sampai kita menjadi hamba kepada duit. Setiap masa hanya memikirkan bagaimana caranya untuk menambah duit tapi perintah Allah hanya dipandang sepi. Janganlh kita setakat menjadi kaya di dunia. Tapi menjadi orang yang muflis di akhirat. Sangat lah rugi. Andainya jadi kaya, biarlah kaya di dunia dan juga kaya di akhirat nanti. Ni baru best.



Hari pembalasan mesti dan pasti akan tiba. Cuma masanya sahaja dirahsiakan Allah. Pada hari pembalasan nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita lakukan. Sekiranya Allah tanya " Apa yang telah kau gunakan dengan masamu dan apa yang telah kau lakukan untuk agamamu?" Apa yang kita nak jawab? Apa yang mampu kita jawab? Nak menipu? Mesti lah tak boleh. Sebab semua anggota akan menjadi saksi pada hari tu dan mengatakan yang benar sahaja.
Jadi, gunakan lah masa yang Allah berikan ni dengan sebaik-baiknya. Dalam pada kita belajar dan bekerja tu, jangan lupa mengingati Allah. Memang wajib pun kita ingat Allah sepanjang masa. Biar dunia dan akhirat seiring. Dan berdakwahlah. Ajak kawan-kawan kita buat kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Jangan nak tunggu diri perfect dulu baru nak ajak orang buat kebaikan. Kita ajak orang buat baik dan dalam masa yang sama kita perbaiki diri. Tak kanlah kita asyik nak harapkan orang lain je. Biarlah ustaz-ustaz je yang buat kerja ni. Salah sama sekali. Sebab setiap daripada kita adalah khalifah dan juga da\'ie. Dan memang menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam tetap tersebar.
Sekarang kita dah tahu apa tujuan kita dicipta, kan? Jom, bergerak! ^_^





Wednesday 8 February 2012

rutin harian dirumah sekarang


Assalamualaikum awok,kawang2 dan ibu bapa sekalian *ade plak ibu bapak kt sini kan. haha. hari ni bosan and nak buat post yg merepek sikit nih tapi insyaAllah ade pengisian sedikit ^ ^ btw, telah dipaksa oleh bdk tuwh suruh post kt blog, so kena lah post niyh. hak3

Tgk x tajuk kat atas tu tulis ape? die tulis RUTIN HARIAN DIRUMAH SEKARANG :)
so nak citer lah niyh, buat bersabo sabo ~

okayyy buat masa sekarang yg selalu dibuat oleh semua orang bila bangun tido jerk, mestilah ape? first U must said "Alhamdulillah I masih hidup " ceyh2 "I" tuwh. haha. or baca doa yg selalu kita praktikkan masa hingusan dulu, ape die? ” Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan. “ amin amin :) then yang wajib nye, amik wudhuk and solat subuh :)

tapi ambe agak jarang lah tido after subuh niyh, tapi kadang2 selalu jgk. haha. pening lalat  udah ~ tapi kalo tiba2 extend tido sampai pkol 9 setengah pagi gituwh akan kedengaran lah *dung dang dung dang dung dang* tahu x bunyi ape tuwh? ito lah bunyi tendangan pintu oleh mak ku. haha. nice broo. and ambe balas "yer mokk, bangung dowh niyh" hak3. lagi nice brooooo :) then kelua bilik buat2 muka segar gituwh and ke dapor utk tgk ape 
yg boleh dilantak oleh ku, part ni best owhh.. sejak cuti2 manjang niyh, mmg kuat makan. and mak cakap "abg irfang nampok tough ler niyh" wahhh! kembang kempis lol. haha.

and menjelang pkol 11.30 pagi, datang lah anak anak murid mengaji :0 bdk bdk masuk and teros jerit " ustazahhhhhhh oooo ustazahhhh" and ade lagi "wey wey wey aku sampai dulu, aku lahh baca dulu" haha. comel laahh budok budok niyh :) and tibalah masa utk ambe ajarin mereka dong, pandai2 dah mereka niyh sejak ambe ajar, lancar jer semua baca. hahaha. bagus anak2 murid abg. hik3 ^_^ and bilaa diorang dah selesai udah ngajinyee, semua cakap ape? TERIMA KASIH ABANG :D

Habis2 semua tuwh, baru lah kemas sikit2 bilik2 yg bersepah dgn bantal yg berterabur di lantai, ganas kan tido biasa lah mcm org tuwh jgk. kan kan kan? hik3 =D then p dapur, tolong mok ambe masok lah plok, potong2 sayur siket, basuh pinggan sikit, menanak nasi 2,3 cetong and lari lari lari. haha. and dah habis masak2, ambe mainlah benda2 yang berpetak, ape lagi kalo bkn I pad :D berFB FB sikit. dah pkol 1.30 mamat afiq niyh  x balik2 lagi, adoi~   sorry to say bro, we cannot wait u bro for eat. haha. perot pung dah krok krekkkkkk, ape lagi makan lahh. haha.

dah lah tuwh panjang sgt lah entry niyh, nanti korang malas plak kan nk baca. haha. okay boi boiiii ! Assalamualaikum wbt :D 


p/s: nahhhhh amikkk lahh :)

Wednesday 18 January 2012

rinduuww ~


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah....

Thursday 12 January 2012

inilah diri kita :)

Kita sebenarnya bukanlah jasad ini, kita bukanlah tangan ini, bukan mata ini, fizikal kita hanyalah alat yang diberikan Allah untuk kita melakukan aktiviti memenuhi tugas dan amanah kita di muka bumi ini.
Bayangkan seorang Eksekutif yang baru memulakan tugas, apakah antara kemudahan yang mula-mula diberikan kepadanya? Sebuah komputer bukan? Dengan komputer itu si Eksekutif tadi akan mudah melakukan tugasannya.
Allah juga memberikan komputer ini kepada wakil-Nya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan. Itulah fizikal kita yang lengkap dengan sistem otaknya yang begitu hebat, sistem perjalanan darah, sistem penghadaman dan berbagai-bagai sistem yang ada di dalam diri kita.
Mana hebat komputer Allah ini berbanding PC kita di pejabat? Tak terbandingnya bukan? Bukan sahaja Allah bekalkan kita dengan sebuah "komputer" yang begitu hebat sistemnya tapi Allah bekalkan juga kita akal fikiran, nafsu dan Ruh yang masing-masingnya punya potensi yang amat luar biasa sekali. Segala yang diberikan Allah ini menjadikan kita makhluk Allah yang paling sempurna dan dengan kesempurnaan itu dibandingkan dengan makhluk-Nya yang lain maka kita dilantik menjadi wakil-Nya di muka bumi ini.
Malangnya selama ini kesedaran ini tidak ada. Kita merasakan diri kita ini adalah fizikal berserta nafsu dan akal. Maka bila kita pandai membuat sesuatu, kita dengan cepatnya merasakan kitalah yang pandai itu. Betulkan?
Saya diberi peluang diajar Allah untuk MERASAKAN diri saya yang sebenarnya. Ketika kita tidur, diri kita yang sebenarnya tidak ada di dalam jasad kita. Badan dan fizikal kita semuanya lemah dan ibarat sebuah komputer yang di off kan suis ke sumber elektrik maka komputer itu tidak mampu menjalankan apa juga aktiviti yang biasanya boleh dijalankan sebelumnya.
Sama dengan fizikal kita, apabila kita tidur, ia hanya sebuah fizikal kosong, tidak mampu melihat, tidak mampu berfikir, tidak mampu berjalan.Benarkan? Diri kita yang sebenarnya tidak ada di dalam jasad itu. Allah ada menerangkan hal ini di dalam Al-Qur'an bahawa Allah mengenggam jiwa kita saat kita tidur dan sekiranya kita diberi umur lagi maka Allah akan mengembalikan jiwa kita dan kita hidup sehari lagi dan begitulah yang berlakunya setiap hari.
Petang semalam saya dan suami tertidur di dalam kereta sementara menantikan appointmentkami dengan seorang sahabat. Kami tertidur kerana terlalu amat keletihan. Badan saya begitu amat lemah dan terus saya tertidur. Lebih kurang dua jam selepas ini, saya sedar tetapi saya tidak dapat bergerak, saya tidak dapat menggerakkan tubuh saya.
Saya sangat sedar ketika itu, ingin sahaja saya panggil suami saya di sebelah agar dapat menggerakkan tubuh saya yang kaku tapi tidak berdaya. Saya sempat berkata di dalam hati saya, adakah tiba masanya saya pulang pada Allah?Saya cuba lagi menggerakkan tubuh saya namun tidak mampu.
Saya katakan pada diri saya ketika itu, siapkan saja untuk menghadap Allah.Saya hampir tidak mahu mencuba lagi dan ingin saja terus menyerahkan diri kepada Allah.Kemudian timbul satu kekuatan untuk terus berusaha kerana di hati masih ingin terus hidup. Maka saya kuatkan sepenuh tenaga untuk menggerakkan tubuh saya dan tiba-tiba saya terjaga.
Sebenarnya saya pernah mengalami keadaan seperti ini. Saya rasa sahabat semua pernah mengalaminya bukan? Kita tersedar dari tidur tapi badan tidak dapat digerakkan.
Macam-macam penjelasan kita pernah dengar, ada yang kata kena himpit dengan hantu, ada yang kata badan letih sangat. Semalam saya mendapat satu paradigma yang baru.
Saya terus menyedari bahawa ITULAH AKU YANG SEBENARNYA.
Aku yang pada hakikatnya terpisah dari jasad ini, aku yang sebenarnya bukan jasad ini. Alhamdulillah, sudah berapa lama perkara ini terjadi tetapi kita tidak menyedari bahawa Allah memberikan kita pengalaman MERASAKAN diri kita yang sebenarnya.
Terima kasih Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

saya pernah mengalami nya seperti saudara yg menceritakan ini.. maybe itulah diri kita :)

Monday 9 January 2012

Mana satu pilihan hati kita?


Sebagai seorang manuasia yg fitrah nya "Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu :)" Sering jugak lah irfan tertanya tanya dalam diri ini, mana satu pilihan hati aku ni kan, adakah "orang yg sayangkan kita" atau "kita sayang kan orang itu".. then the answer is what? Pilihan hati kita adalah yang sayangkan kita kerana siapa? SAYANGKAN KITA KERANA ALLAH SWT :)

Kerana APA? Sebab APA?
Kerana : - first, kerana Allah kan AL-ALIIM. Apa itu Al-Aliim yer? Al-Aliim itu maksud nye Yang Maha
                Mengetahui :) Tidak ada perkara yg terlindung dan tidak ada rahsia disisi Tuhan yang bersifat
                Al-Aliim itu. Maksudnye disini, Allah Al-Aliim ini tahu apa yang kita rasa, tahu apa yg tersirat
                di hati nurani seorang manusia.
             
              -second, reason lebih kurang sama jgk yg 1 ini iaitu kerana Allah mampu membaca hati hambanya
                ini. Ini bukan bermaksud dekat hati kita ini ada buku pulak yer. haha.Ini bermaksud Allah itu
                faham hati manusia ini. Allah lihat apa yg kita buat dan Allah juga dengar apa yang kita rintihkan :)

Oleh itu kawan-kawan, janganlah risau sahabat-sahabat ku.. Allah itu Maha Adil  "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya kan :)

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata." Mmg sukar kan? Tulah saya pung susah tapi tugas kita di dunia adalah apa? Sentiasa berusaha menjadi lebih baik kerana Allah :D

Sunday 1 January 2012

Kem Raudhatus Sakinah.

 
 
 
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh =) wawawah ~ sungguh seronok dan bersyukur dapat men'join' Kem Raudhatus Sakinah 1000 jiwa 1 hati. Soooo Aweeesomeee kem niyh.. byk pengajaran dan byk pengetahuan yg best best sgt dapat kita ketahui dalam kem niyyh.. terima kasih diberi kesempatan untuk mengikuti kem niyh :)
 
Irfan, Izat dan Addin telah naek kereta myvi merah ker Masjid negara. wahh! excitedd woo!
nk tahu x, kiteorg datang lambat owhh. haha. actually, pendaftaran tutup pkol 3 ptg taw tapi kiteorg dtg pkol 3.15. relaxxx jer datang buat muke slumber. hee :D kurang asemmm btoi lahh kiteorg niyh. Sampai2 kiteorg dapat kmpln and faci kiteorg abg sobri :)

Part klimaks nyee kem niyh, pada malam "pertama" hehe. bestt woo. persembahan pertama oleh kak firuz ustazah pilihan dan kak Aisyah penyanyi tuwh bersama talk show sedikit dgn pengacara fitri tv3. Mmg best lah, cerita mcm2 tentang pengalaman masing2 dalam menjalani kehidupan mereka. Byk pengajaran dan kata2 semangat dari mereka dan InsyaAllah dapat dipraktikkan :) then, ader persembahan sungguh bertenaga dari Kumpulan Shoutul Haroqah. Mmg tersangat sangat best. Semangat utk menjadi seorang mujahid sungguh membara. Waa cakapp sama luu WOAHHH (MERAH SAGA) Mmg berkesan lahh dalam jiwa niyhh ~ Akhirnyee saat tiba utk 2012. 10.9.8.7.6.5.4.3.2.1 DUMMM! Takbir ! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Bergema suara takbir oleh Kami membelah langit. ^_^
Then kiteorg berselawat bersama sama Imam Muda Najdi. Sungguh indah lahh kenangan bersama sama berselawat mcm niyh :D dan balik ke masjid negara semula utk dibuai mimpi pada pkol 12.30.

Keesokan harinya.
Awal pagi pkol 4 sudah dikejutkan  oleh bro wan utk berqiamullail. thanx abg wan :D Sungguh tidak kusangka sangka berqiamullail bersama sama insan yg hebat Imam Muda Hassan :) SubhnaAllah suaranya sungguh menusuk kalbu lah sehingga dapat menitiskan air mata ku. Sungguh tersentuh ~ Terasa sungguh indah pagi pagi seperti ini. Alangkah indahnyee hidop ini jika dapat istiqamahkan diri ku ini utk sentiasa berqiamullail :) SubhanaAllah ~ then ader tazkirah ringkas dan mantop dari Imam Muda Hassan yg mengaitkan kisah para sahabat dgn kehidupan kita sekarang.

Selepas itu, para peserta kem diminta bersiap siap utk larian dan riadhah. wawawawa! penatttt weii ~ larian ape niy weyhh.. dah nk merangkak dah niyh. haha. tapi akhirnyee sampai jua. jyeahhh! ^_^ exhausted ! tapi berbaloi lah penat nye kerana apa ? kerana apa ? kerana apa?
kerana ader abg rabbit. haha. kiteorg maen tepuk tepuk dan cara cara utk mengaktifkan otak kanan kita. PRACTICE MAKES PERFECT. wahaha. mmg best gilakk! mmg ingat lahh step die kan. tapi kadang silap jgk step dier. Susah woo ~ 
 
Akhirnyee ~ tiba lah masa utk  perpisahan sahabat2 di kem Raudhatus Sakinah ini. x dapat kenal dekat lagi dgn diorang. haduih sedihh btol. Tapi Syukran Syukran wa Jazakallah hukhaira terhadap pihak kem 1000 jiwa 1 hati ini kerana beri kesempatan untuk saya mengikuti kem ini lahh :) byk sungguh pengalaman manis nye dan pengetahuan yg baru utk diri saya :)

                                                                          Last picture :D